Saturday, April 5, 2014

Pengantin Mabuk Bertengkar, Punca Pesawat Mendarat Cemas

Pengantin Mabuk Bertengkar, Punca Pesawat Mendarat Cemas


Seorang pengantin lelaki mabuk bertengkar dengan isterinya sewaktu berada di dalam pesawat dalam perjalananan bulan madu dari Atlanta ke Costa Rica. Insiden itu membuat pesawat Delta Air Lines melakukan pendaratan cemas di Wilayah Grand Cayman di Kepulauan Cayman.

Menurut Ketua Inspektor Polis Kepulauan Cayman, Raymond Christian, pengantin lelaki warga Amerika itu kemudiannya ditahan polis setelah mendarat di Kepulauan Cayman. Dia ditahan atas tuduhan mabuk dan berkelakuan buruk. Pengantin perempuan tetap berada di dalam pesawat untuk meneruskan perjalanan ke Costa Rica.

Jurucakap Delta Air Lines, Lindsay McDuff, memaklumkan kejadian itu. Dia menjelaskan seorang penumpang 'yang mengganggu penerbangan' menyebabkan penerbangan 901 itu mendarat kecemasan. Selepas lelaki itu ditahan, penerbangan pesawat itu berjalan seperti biasa.

Insiden ini merupakan kali kedua berlaku melibatkan Delta Air, di mana sebelum ini penerbangan Delta Air Lines dilaporkan pernah melakukan pendaratan cemas gara-gara penumpangnya yang mabuk.

Dalam insiden lain, sebuah penerbangan dari Baltimore ke Salt Lake City dialihkan untuk menurunkan seorang perempuan yang disebut tengah mabuk.

Sumber: Merdeka.com

Sumber
Share This

No comments:

Post a Comment

About Us

About Us

Like Us

Advertisment

Like Us

Designed By Blogger Templates