Bukan sahaja cantik malah berbakat besar. Itulah yang sesuai di label bagi pelakon yang berasal dari Terengganu ini iaitu Emma Maembong. Malah, Emma juga kurang di terjah dengan kontroversi yang hangat sehingga mencalarkan imejnya.
Jika dilihat perkembangan terbaru Emma, gadis cantik ini dilihat semakin gemar berimej sopan malah di laman sosial Instagramnya juga kebanyakkannya gambar Emma berbaju lengan panjang.
Ada juga desas-desus mengatakan Emma mengubah penampilannya kearah yang lebih sopan kerana kekasihnya hatinya iaitu Zizan Razak dan kerana dia mahu berkahwin. Emma tampil menjelaskan khabar angin itu.
“Saya kini lebih suka berpakaian lebih sopan memandangkan saya rasa sudah sampai masanya untuk melakukan perubahan dalam diri saya. Saya ikhlas untuk melakukan perubahan ini dan tidak salah untuk saya berubah ke arah kebaikan. Jadi saya kini sedang berusaha perlahan-lahan ke arah kebaikan.
“Dia (Zizan Razak) tidak pernah terlibat dalam perubahan ini. Saya sendiri berniat untuk melakukan perubahan kepada diri saya. Sebelum ini, dia tidak pernah melarang saya mengenai bab pemakaian. Dia juga pernah pesan kepada saya, jika hendak berubah, biarlah ia lahir daripada hati yang ikhlas. Dia juga sentiasa menyokong saya dalam setiap apa yang saya lakukan.” jelas Emma.
Ini merupakan sesuatu perkembangan positif dan sudah pasti ramai peminatnya akan lebih menyayangi pelakon cantik ini. Semoga suatu hari nanti Emma terbuka hati untuk terus menutup aurat dengan sempurna pula. Kita doakan.
Sumber: http://ohartis.com/2014/05/kini-saya-lebih-suka-berpakaian-sopan-emma-maembong/
Sumber


No comments:
Post a Comment