Monday, May 12, 2014

Gempar ! Luahan Hati Raja Bomoh, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin

Gempar ! Luahan Hati Raja Bomoh, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin

Teluk Intan – Raja Bomoh, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin menyelar tindakan segelintir masyarakat yang gemar mengkritik dan melemparkan pelbagai tuduhan kepadanya.


Menurut Ibrahim, semua tindakan yang dilakukan sebelum ini hanya sekadar ingin membantu tanpa mengharapkan sebarang bayaran.

“Macam-macam tuduhan dilemparkan (oleh masyarakat antaranya) syirik, khurafat, memalukan dan sebagainya, sedangkan niat saya ikhlas ingin membantu.

“Saya percaya ramai orang kaya, tapi (tidak ramai) yang sanggup memberikan sumbangan kepada masyarakat untuk saham akhirat” katanya kepada wartawan Suara.TV petang tadi.

Ibrahim turut menunjukkan sumbangan-sumbangan yang pernah diberikan kepada masyarakat khususnya di Teluk Intan seperti pondok bas, wakaf tanah kubur, bangunan untuk hentian teksi dan sebagainya.

Beliau turut menjelaskan, dia bukan berniat untuk mendabik dada di atas semua sumbangan yang diberikan, namun tindakan itu perlu dilakukan bagi menangkis pandangan negatif masyarakat terhadapnya.

“Orang Teluk Intan panggil saya “Seorang bomoh dermawan dan jutawan” ujarnya.

Ibrahim turut mengesa masyarakat agar jangan terlalu cepat untuk menjatuhkan hukum kepada orang, tanpa mengenali

“Kalau saya buat perkara yang syirik dan khurafat, saya tak beri sumbangan (yang berjumlah) ratusan ribu. Baik saya simpan di bank.

“Orang yang tuduh saya syirik dan khurafat itu pun, belum tentu sanggup memberikan sumbangan sebanyak ini” ujarnya lagi.

Menurutnya semua sumbangan yang diberikan itu, bukan bertujuan untuk mengejar nama atau populariti tetapi atas kapasitinya sebagai orang Islam.


Sumber: http://www.suara.tv/?p=9323




Sumber
Share This

No comments:

Post a Comment

About Us

About Us

Like Us

Advertisment

Like Us

Designed By Blogger Templates