Saturday, April 5, 2014

Ayu 20 Sen Kini Bergelar Nenek

Ayu 20 Sen Kini Bergelar Nenek

Sehingga kini, watak Ayu yang mulutnya perlu ‘ditutup’ dengan wang 20 sen agar tidak membuka rahsia percintaan di antara Sudin dan Zaiton di dalam filem Bujang Lapok terus diingati.


Tidak ramai yang mengambil peduli siapa empunya diri, apatah lagi untuk mengetahui nama sebenarnya, tetapi karakter Ayu tetap popular sehingga gambar aksinya meminta 20 sen daripada Zaiton dan Sudin dimuat naik secara meluas di laman sosial sebagai sebahagian daripada jenaka sewaktu kenaikan harga minyak dalam jumlah yang sama baru-baru ini.

Mungkin ramai yang tidak tahu, Ayu yang dahulunya nakal dan sering berseluar pendek tanpa berbaju, kini sudah pun berusia 62 tahun dan sedang menanti kelahiran cucunya yang kelima.

Seperkara lagi yang tidak ramai pihak tahu, pemilik nama Sri Rahayu Sudarmaji itu adalah anak kepada pengarah filem yang mempunyai hubungan cukup rapat dengan P. Ramlee, S. Sudarmaji.

Menceritakan detik bagaimana dia ditawarkan berlakon, Ayu berkata ketika berusia empat tahun setengah, bapanya sebaik sahaja pulang dari studio memberitahu yang P. Ramlee mahu mengambilnya berlakon



Sumber
Share This

No comments:

Post a Comment

About Us

About Us

Like Us

Advertisment

Like Us

Designed By Blogger Templates